
Pelakon, Zul Ariffin, mengakui soal jodoh bukan sesuatu yang mahu difikirkan secara terburu-buru, sebaliknya dia lebih selesa mengambil pendekatan yang lebih tenang dalam menentukan hala tuju hidupnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Beri Bayangan Enggan Berlakon Drama Curang Lagi? – ‘Sekali Saja Lah’
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Zul Ariffin Solat Di Surau Stesen Minyak
Tidak dapat ramalkan
Ketika ditemui OhBulan!, Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mengakui dia sendiri tidak dapat meramalkan bila akan mendirikan rumah tangga.
Namun, dia tidak menolak kemungkinan ia berlaku sekitar lingkungan usia 40-an dan bukan sehingga lewat 50-an.
Soal bila saya nak kahwin? Tak tahulah.
Saya pun tak tahu.
Mungkin dalam lingkungan usia 40-an ni lah, tak adalah sampai umur saya cecah 50-an.
Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Khamis.
Bukan mudah cari jodoh
Dalam masa sama, aktor filem Magik Rompak itu turut berkongsi bahawa proses pemilihan pasangan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan masa.
Tambahnya lagi, kesibukan kerjaya menyebabkan dia tidak memberi fokus terhadap perkara tersebut buat masa ini.
Nak memilih pasangan pun perlukan masa.
Masalahnya saya tak ada masa nak memilih.
Saya buat tak tahu saja, jadi hari berlalu macam itu saja.
Lepas itu saya hanya buat kerja saya sahaja.
Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena letak fokus.
Jadi saya tak fokus ke arah jodoh lagi.
Berkongsi lanjut mengenai mesej peribadi yang diterima di media sosial, Zul mengakui terdapat peminat yang menghubunginya, namun kebanyakan mesej tersebut tidak serius dan sekadar gurauan semata-mata.
Orang DM memanglah ada.
Peminat saja yang DM, tak apalah.
DM jodoh pun banyak yang gatal, mengarut-ngarut saja.
Tapi tak ada apa pun.