berita

‘Saya Rasa Panik..’ – Saksi Utama Kongsi Detik Cemas Selamatkan Bayi Dicampak

June 26th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, menerusi laman facebook seorang individu meluahkan rasa geram dan mendedahkan individu yang sanggup mencampak bayi baru lahir. Status itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya turut sama marah dengan kejadian itu. Walau bagaimanapun, bayi itu sempat diselamatkan.

Artikel Berkaitan : Kerana Terlalu Geram, Wanita Ini Dedah Identiti Warga Asing Buang Anak Dari Tingkat 3

Terbaru, seorang lagi saksi utama kejadian itu menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berkenaan. Menurutnya, dia sangka bayi sudah meninggal dunia.

Bayi kebiruan

Saya panik dan badan saya menggigil apabila melihat bayi itu kebiruan.

Thayalan atau lebih selesa dipanggil Ajey memberitahu ketika kejadian dia sedang makan di restoran di lokasi terbabit. Dia terus bertindak menyelamatkan bayi terbabit selepas dicampak dari tingkat dua bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, Kajang, semalam.

Sangka bayi mati

Ketika sedang makan, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman dari bumbung restoran itu sebanyak dua kali. Kemudian saya terdengar pekerja wanita restoran itu menjerit sebelum bergegas ke bahagian belakang premis terbabit.

Saya kemudian menyusul untuk memeriksa kejadian, namun terkejut terkejut apabila menemui bayi lelaki dalam keadaan bogel berhampiran besi konkrit. Saya sangka bayi itu sudah mati, namun tangannya bergerak. Rupanya, dentuman pertama saya dengar adalah bayi terbabit yang dicampak. Dentuman kali kedua pula adalah uri bayi.

Ajey berkata, dia segera mencapai apron yang bersidai di premis terbabit untuk membalut bayi berkenaan.

Terus berlari ke depan restoran menahan van kilang

Saya melihat kaki dan tangan bayi itu biru serta ada darah di kepala dan hidung selain ada kesan calar di bahunya. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari ke depan restoran dan menahan van kilang, lalu mengarahkan pemandunya untuk membawa saya ke klinik berhampiran.

Sepanjang mendukung bayi itu, saya rasa panik dan badan menggigil apabila melihat keadaannya seperti susah bernafas. Saya risau tidak sempat menyelamatkan nyawanya dengan membawanya ke klinik yang terletak kira-kira 200 meter dari restoran berkenaan.

Ajey berkata, sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor memintanya membawa bayi itu ke hospital berikutan bayi itu didapati parah. Orang awam yang juga saksi kejadian ada menghubungi Hospital Kajang memaklumkan kejadian, lalu pegawai dari hospital berkenaan datang menjemput bayi itu untuk dibawa ke hospital.

Menurut Ajey, dia dimaklumkan bahawa bayi itu dicampak oleh pekerja kilang warga asing dari tingkap bilik air rumah di tingkat dua bangunan lima tingkat terbabit sebelum dia terjatuh pada bumbung restoran berkenaan dan berguling jatuh ke bawah.

Sangka bayi sudah meninggal dunia

Saya terlihat status dimuat naik di Facebook yang memaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia. Namun, doktor memaklumkan keadaan bayi itu masih hidup tetapi kritikal. Difahamkan, bahu kanan bayi itu patah dan dia turut mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Sekiranya dia sudah sihat nanti, saya mahu memberikan bantuan dari segi barang keperluannya, namun jika hayatnya di dunia ini singkat, saya sanggup membantu urusan pengebumiannya.

Ajey berharap bayi berkenaan sihat dan berhajat mahu memberikan sumbangan kepadanya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×