Pelakon, Nora Danish melancarkan koleksi denim eksklusif kolaborasi istimewa Nora Danish x Marii bersama jenama tempatan Marii by Farra dengan sokongan platform fesyen Amber.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’

Artikel Berkaitan: Nora Danish Nafi Sudah Rujuk Dengan Nedim

Terbuka bekerjasama

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berkata penglibatannya dalam kolaborasi ini lahir daripada keinginannya untuk terus menyokong dan memperkasakan jenama tempatan.

Saya sentiasa terbuka dan bersedia untuk membantu mana-mana jenama tempatan yang mempunyai visi dan kualiti tersendiri.

Saya sangat teruja dapat bekerjasama dalam projek ini, apatah lagi Marii diasaskan oleh Farra yang sememangnya kenalan rapat saya.

Melihat hasil kerja dia berkembang dan diberi platform yang betul adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

Tambah Nora, koleksi denim ini direka untuk wanita yang mahukan pakaian versatil, mudah digayakan, sesuai untuk pelbagai situasi, sambil mengekalkan unsur feminin dan elegan.

Potensi jenama tempatan

Sementara itu, wakil jenama fesyen itu berkata Amber yang diasaskan oleh Datuk Adzliana Dato’Sri Dr Hasan komited memberi peluang kepada pereka dan produk tempatan berkembang secara lestari dan berdaya saing.

Amber percaya kepada potensi jenama tempatan.

Kami mahu menjadi platform yang membantu rekaan tempatan, termasuk koleksi denim ini, diperluaskan bukan sahaja dari segi pasaran tetapi juga dari sudut nilai dan penceritaan jenama.

Koleksi tersebut direka khas untuk memenuhi keperluan wanita moden yang menampilkan denim jeans dengan pelbagai rekaan dan siluet.

Setiap rekaan menggabungkan perincian halus serta sentuhan sofistikated yang menjadi identiti Marii dan disesuaikan dengan cita rasa dan personaliti aktres itu.

Kolaborasi ini menggabungkan kepakaran rekaan Marii dengan visi Amber untuk mempromosikan koleksi pereka tempatan ke pasaran lebih luas dan mengangkat kreativiti mereka.