berita

‘Saya Serahkan Kepada Allah’ – Neelofa

March 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara popular iaitu Noor Neelofa bersama suami, PU Haris Ismail. Pernikahan mereka telah berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan sekali lafaz disaksikan keluarga dan saudara mara terdekat.

Artikel berkaitan: Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Artikel berkaitan: Pilih Tema ‘Putih’ Sempenan Hari Bahagia, Ini Foto Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz

Ditanya mengenai soal cahaya mata, Neelofa bersedia jika diberikan rezeki dalam waktu terdekat. Namun bagaimanapun, dia serahkan rezeki itu kepada aturan Allah SWT.

Saya terima dengan tangan terbuka

Pasangan ini telah selamat bernikah jam 11.45 pagi tadi oleh adik kandungnya iaitu Mohd Aqief. Turut kelihatan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberikan khutbah dan tazkirah dalam majlis tersebut.

Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Allah SWT. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.

Apapun harapan saya, semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baharu sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Persiapan memasuki alam berumah tangga

Selain itu, Neelofa turut berkongsi pengalamannya sebelum mengharungi dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri di sisi Haris Ismail.

Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan terdekat. Banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan. Dalam masa sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×