berita

Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

March 27th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: PU Riz bersama Neelofa

Segala persoalan dan desas-desus mengenai majlis perkahwinan pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa, yang dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan hari ini, bersama calon pilihan hati Harris, akhirnya terjawab apabila mereka berdua selamat disatukan sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: Keluarkan Periuk Besar, Masak Menu Kahwin Pajeri Nenas, Ibu Neelofa Beri Hint Majlis Nikah Dah Dekat?

Artikel Berkaitan: Betul Ke Neelofa, PU Riz Nikah Hujung Minggu Ini?

Artikel Berkaitan: ‘Mudahkanlah Bagiku Urusanku’ – Neelofa Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Hujung Minggu Ini?

Pasangan ini selamat disatukan jam 11.45 pagi tadi, dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat handai.

Tahniah Neelofa & PU Riz!

Neelofa menerima mas kahwin sebentuk cincin dengan hanya sekali lafaz. Majlis bertemakan Jabal Rahmah itu diadakan di sebuah dewan hotel Grand Hyyat, Kuala Lumpur dan pengacara Ahmad Fedtri Yahya menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis sepanjang majlis itu berlangsung.

Video & Foto sepanjang majlis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page)

 

 

Semoga dipermudahkan!

Sebelum majlis bermula, Neelofa sempat berdoa dan meminta doa daripada orang ramai supaya majlis akad nikahnya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, dapat dilihat banyak hint yang diberikan oleh Neelofa sendiri dan ahli keluarganya yang terdekat seolah-olah dia bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini. Apa pun kami dari Team OHBULAN! mendoakan perkahwinan yang terjalin di antara Neelofa dan PU Riz berkekalan sehingga ke jannah.

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×