berita

‘Saya Serahkan Segalanya Kepada Mahkamah’ – Nabila Sahkan Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz

August 31st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila, memuat naik sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di akaun Instagram miliknya. Menerusi foto tersebut, netizen telah membuat pelbagai andaian mengenai isu rumah tangga mereka berdua.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Nabila mengesahkan bahawa khabar angin yang bertebaran mengenai dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya adalah benar.

Harap diberi ruang

Menurut Nabila, dia sudah menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah. Tambahnya, dia berharap netizen memberi ruang buat dirinya melalui proses ini dan yang paling penting mendoakan kesejahteraan dirinya dan Jebat.

Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad. Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang. Apa yang lebih penting, adalah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun. Doakan kesejahteraan saya dan anak saya.

Saya tak berani nak cakap

Terdahulu, menerusi laporan Media Hiburan, pelakon Sharnaaz Ahmad, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi terhadap rumah tangganya bersama Noor Nabila. Tambahnya, isu ini adalah andaian daripada pelbagai pihak.

Saya pun tak berani nak cakap lebih sebab saya takut apa yang saya cakap ini akan memudaratkan lagi keadaan. Ya, saya tahu saya banyak bercakap kalau benda jadi sebegini tapi ini soal family.

Kisah rumah tangga pasangan tersebut kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap pelakon filem Wangi itu.

Sharnaaz Ahmad dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang putera yang bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber: Berita Harian, Noor Nabila & Media Hiburan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.