berita

“Saya Single, Dan Belum Tukar Agama” – Soo Wincci

July 27th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN! yakin semenjak penyertaan Soo Wincci yang juga bekas Miss World Malaysia didalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia, namanya telah mula disebut-sebut dikalangan peminat Melayu.

Soo Wincci telah mula menjadi bualan para peminat apabila pada awal bulan Ramadhan dia telah mengumumkan akan turut sama berpuasa untuk memahami peminat Melayunya. Namun, disebabkan kenyataan itu, timbul pelbagai spekulasi samada Soo Wincci sudah mempunyai teman lelaki Melayu dan ada juga yang mengatakan Soo Wincci sudah menukar agama.

Itu semua telah dinafikan oleh Soo Wincci dalam temubualnya bersama Dailychilli, “Saya single, dan belum tukar agama.”

Kenyataannya yang pendek itu sudah cukup untuk menjelaskan statusnya sekarang kepada peminat dan pihak media. Dia yang sudah 5 hari berpuasa menyatakan bahawa dia amat menghargai segala sokongan daripada peminatnya yang beragama Islam kerana sentiasa mendorongnya untuk terus berpuasa.

Apa yang lebih menarik, Soo Wincci menjelaskan bahawa dia merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selepas ini.

“Saya berhajat untuk berbuka puasa bersama kanak-kanak di rumah anak yatim,” jelas Soo Wincci.

Baguslah kalau begitu, sedangkan artis yang bukan beragama Islam boleh berbuka dengan anak-anak yatim. Bagaimana pula dengan selebriti kita yang lain? Tak terniat langsung ke?

SKIP THIS AD ×