berita

Graduasi Kali Ke-5, Soo Wincci Terima 2 Anugerah The Malaysia Books Of Records. Beauty With Brain!

July 8th, 2019 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Beauty with brain! Itulah gelaran yang sesuai buat bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon, Dr Soo Wincci. Sebelum ini, Dr Soo Wincci telah menamatkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi di Universiti Berklee Valencia Kampus Sepanyol.

Terbaru, menerusi Instagram pelakon ini dia berkongsi beberapa foto berjubah konvokesyen dan dua keping anugerah The Malaysia Books of Records. Tahniah kerana berjaya memperolehi Most Number of Academic Degrees Obtained By A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained By A Recording Artiste.

Graduasi ke-5 di Spain

2 anugerah dari Malaysia Books of Records

View this post on Instagram

Apart From My 5th Graduation & Single Launching Today, Finally I Can Announced that I achieved another 2 more @malaysiabookofrecords "Most Academic Degrees Achieved By A Beauty Queen" & "Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist" 除了今天的毕业还有新歌发行,今天终于可以公布,我再创两个全新大马记录! "考获最多学位的美姐" 和 "考获最多学位的歌手" Selain graduasi dan single launching, hari ni Wincci juga mencapai 2 Record Malaysia Yang Baru ! "Most Academic Degrees Achieved By A Beauty Queen" & "Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist" #myberkleestory #inwincciblejourney #MalaysiaBookofrecords #Valencia #Spain

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Untuk negaraku yang tercinta

Tanggal 8 Julai 2019, satu lagi sejarah dan kejayaan telah dilakar oleh Dr Soo Wincci. Hari ini juga merupakan hari graduasi Soo Wincci kali ke-5 di Spain. Selain itu, Soo Wincci berjaya mencipta single terbaru dalam empat bahasa termasuk English, Melayu, Cina dan Sepanyol. Kesemua lagu ini akan dilancar dan diterbit bersama label record dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music.

Sebelum ini, Soo Wincci telah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Sumber: Soo Wincci

The following two tabs change content below.