Seorang individu tampil mendakwa penyanyi Ben Ladin gagal melunaskan bayaran gaji setelah tugasan selesai dijalankan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Ladin Potong Rambut Botak, Diuji Dengan Masalah Kesihatan – ‘Bukan Keluar Lagu, Bernazar Atau Kacau Isteri’

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Penat Dikejar Pemiutang, Minta Bapa Serah Diri – ‘Ganti Duit Mangsa, Jangan Play Victim’

Individu dakwa Ben Ladin tak bayar gaji?

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan memuat naik beberapa paparan skrin perbualan WhatsApp yang memaparkan tuntutan gajinya kepada Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 25, yang masih tertunggak sehingga hari raya.

Orang cari duit raya tapi ini balasnya saya tak akan take down selagi gaji saya tak dibayar.

Saya tak beraya sebab gaji tak dapat lagi. Sesiapa yang nak kerja dengan dia lepas ini tolong hati hati. Chat diam je bila nak viral kan baru reply tapi sampai sekarang tak dapat lagi.

Menurut tangkap layar tersebut, pekerja berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana majikan didakwa memungkiri janji untuk membayar gaji pada malam raya atau hari raya pertama.

Ben Ladin respon

Menjengah ke ruangan balas, Ben Ladin menyatakan bahawa dia sudah menjelaskan siapa yang sepatutnya membayar gaji tersebut.

Teruskan dengan tindakan awak saya dengan tindakan saya. Jangan lupa cerita sekali barang hilang.

Sumber: Threads frn666_