berita

‘Saya Tak Boleh Gerak, Benda Tu Menangis, Gelak & Mengilai Panjang’ – Remy Ishak Disihir?

October 18th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, perbuatan sihir banyak terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun perbuatan itu secara terang-terangan telah melanggar perintah Allah SWT tetapi masih ramai yang sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat ini semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Terbaru, pelakon kacak, Remy Ishak tampil membuat IG Live dengan mendedahkan situasi sebenar yang dialaminya. Menurut Remy, dia mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan dia enggan untuk keluar rumah. Namun, masalah ‘depresi’ yang dikatakan itu hilang sebaik sahaja selepas menjalani perubatan Islam dengan seorang ustaz.

Vibes dan energy jahat menghantui

Menerusi IG Live tersebut, Remy menceritakan masalah yang ‘depresi’ yang dialaminya sejak beberapa minggu yang lalu. Masalah ini betul-betul mengganggu fikirannya sehingga boleh menjadikan dia ke arah sesuatu yang lain.

Tambahnya lagi, dia seringkali melakukan sesuatu perkara yang dia sendiri tidak mahu lakukan. Walaupun begitu, dia tidak berdaya untuk menolak vibes dan energy ‘jahat’ tersebut.

Sejak beberapa minggu yang lalu, saya discover something about myself yang saya banyak buat benda yang saya sendiri tak nak buat.

Saya sedar banyak benda yang saya buat tapi hati saya tak happy and saya start rasa this is not right. Banyak benda yang saya buat bukan atas kehendak saya.

‘Mood saya swing’

Situasi yang dialaminya itu menjadikan dia seseorag yang susah untuk membuat keputusan. Apa yang lebih memeranjatkan apabila dia lebih suka bersendirian dan tidak mahu bercampur dengan orang ramai. Tetapi apabila bersendirian di rumah, akan mula rasa sedih tanpa sebab kemudian muncul perasaan bercampur baur.

Ada suatu masa mood saya swing, rasa sedih amat sangat. Saya mula fikir negatif, cepat marah. Sebab itu lah saya tak nak keluar rumah sebab takut naik angin.

Saya risau bila keluar, jumpa fans yang nak bergambar dengan saya dan saya akan marah mereka. Marah tanpa tahu sebab. Saya tak tahu kenapa vibes tu ada.

Menceritakan kisah itu, pelakon kacak ini kemudian mengambil ubat untuk menenangkan dirinya. Tapi malangnya, keadaan masih sama macam dulu.

Pada masa itu saya langsung tidak terfikir pasal benda benda mistik atau sihir. Saya positifkan diri mungkin kerana saya penat.

‘Benda’ tu menangis dan mengilai panjang

Saya enggan mendapatkan rawatan Islam walaupun sudah berkali-kali disuruh oleh rakan-rakan, keluarga dan manager kerana baginya apa yang dialaminya ini tidak ada kena mengena dengan perkara mistik. Sehinggalah, pada suatu hari, dia nekad untuk berjumpa dekat seorang ustaz.

Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawal badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap. Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya.

Pada mulanya dia menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang. Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap. Selepas berubat, semua pandangan mengenai saya depresi hilang.

Bakal jumpa pakar psikiatri

Dalam IG Live itu juga, Remy turut memberitahu bahawa dia bakal berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden.

Terbaru, Remy turut memuat naik satu posting di Insta Stories mengenai ilmu sihir yang melibatkan diri dan keluarganya. Dia juga memuat naik gambar dia memegang senaskah Al-Quran yang menunjukkan surah Asy-Syams iaitu surah untuk mengelak diri daripada dikhianati.

Sumber: Remy Ishak

 

SKIP THIS AD ×