Sebelum ini, isu penceraian pelakon cantik jelita dari negara Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin telah menjadi buah mulut netizen. Hal ini secara tidak langsung memberi tempias kepada bekas isteri Engku Emran iaitu Erra Fazira.
Tahu pergolakan yang berlaku
Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Erra Fazira mengakui bahawa dia tahu tentang pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga bekas suaminya itu tetapi tiada langsung niat mahu masuk campur. Tambah Erra lagi, bekas suaminya dan Bella juga tidak menceritakan secara mendalam mengenai pergolakan yang berlaku.
Saya tak campur hal rumah tangga mereka. Walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak, saya tak mahu korek (bertanya lanjut). Cukup tahu sikit-sikit pada peringkat permukaan. Saya tidak pernah tanya kenapa, apatah lagi mengorek lebih lanjut.
Anak sedih dengan penceraian Engku Emran
Tambah Erra lagi, tidak dinafikan sebelum ini dia juga ada berhubung dengan Bella menerusi teks mesej tetapi ianya sekadar berbicara perkara umum mengenai wanita sahaja. Menurutnya, dia juga sempat memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada Bella.
Bukan mereka tidak cuba selamatkan rumah tangga, tapi Itulah ketentuanNya. Saya juga pernah bercakap dengan bekas suami, tapi tidaklah sampai nak bercerita lanjut mengenainya.
Sementara itu, Erra mengakui anak perempuannya iaitu Aleesya turut bersedih dengan berita penceraian Engku Emran tetapi apakan daya itu semua takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Tambah Erra, dia percaya apa yang berlaku ini pasti ada ganjaran disebaliknya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro