Foto: Syazuwan Hassan dan Wafariena
Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang merupakan bekas kekasih Syazuwan Hassan mendakwa pelakon itu berlaku curang.
Dakwa Syazuwan curang
Foto: Syazuwan Hassan dan Wafariena
Menerusi laporan Gempak, individu yang dikenali dengan nama Adora mendakwa dia dan Syazuwan telah menjalin hubungan cinta selama 11 tahun namun hubungan tersebut dikatakan terputus ditengah jalan kerana orang ketiga. Wanita ini mendakwa, Syazuwan telah membuat keputusan untuk berpisah dengannya selepas menjalinkan cinta baru dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 iaitu Wafariena Roslan. Dakwa Adora lagi, kisah percintaan kedua-dua pelakon itu hanya diketahui selepas lima bulan mereka berpisah.
‘Saya tak kisah apa orang fikir’
Foto: Syazuwan Hassan
Terbaru, Syazuwan Hassan menerusi akaun Instagram miliknya telah membuka mulut mengenai dakwaan tersebut. Menurut pelakon drama Bidadari Salju ini, dia mempunyai alasan dan sebab mengapa dia berbuat demikian tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mahu menceritakan hal peribadinya kepada umum. Menurut Syazuwan, dia bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa ada dengannya.
Saya tidak melihat apa-apa perkara yang orang luar perlu ketahui dan saya tidak memerlukan simpati jadi saya tidak perlu mempertahankan. Saya tidak kisah apa yang orang fikir tentang saya. Saya sudah pernah berada di tempat mereka berkali-kali iaitu menghakimi tanpa tahu perkara sebenar.
Semua benda mempunyai had. Saya cukup sabar, kau boleh mengutuk apa sahaja yang kau nak, tetapi jangan melampaui batas.
Respon Syazuwan
Sumber: Gempak, Syazuwan Hassan