
Hantaran terbaharu bekas isteri kepada pempengaruh, Chazynash iaitu Fatin Morat di media sosial miliknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Tular Video Terkini Fatin Morat, Netizen Luah Rasa Risau – ‘Muka Dia Macam Sedih Ja’
Artikel Berkaitan: Chazynash Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga, Tuduhan Netizen Merapu
Luahan Fatin

Menerusi perkongsian di laman Threads, Fatin Morat menulis ringkas tentang perasaan yang dialaminya ketika ini.
I don’t feel strong (Saya rasa tak kuat).
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, hantaran Fatin sebelum ini juga dilihat seolah-olah dia sedang berdepan dengan kekecewaan dan mencuba untuk mengubati diri.
Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, Fatin dihujani dengan kata-kata semangat serta nasihat daripada warganet agar dia dapat bangkit semula dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Tak perlu jadi kuat, berhenti sekejap bila penat dan menangis. Tetapi kena bangun semula untuk teruskan kehidupan.
Alihkan fikirkan awak dan cuba sibukkan diri.
Kalau perlu menangis, menangislah tapi lepas tu kena jadi lebih kuat.
Tengok wajah anak-anak, ambil kekuatan dari situ.
Dekatkan diri dengan Allah, Dia sebaik-baik perancang. Apa yang jadi pasti ada hikmah.
Imbas kembali, Chazynash sebelum ini mengesahkan perceraian mereka pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Sumber: Threads Fatin Morat







![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)
