berita

‘Saya Tak Nampak Usaha Dia’ – Dakwa Sharnaaz Sengaja Panjangkan Proses Penceraian, Nabila Mengaku Tawar Hati

January 16th, 2020 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, rumah tangga Sharnaaz Ahmad bersama kakak kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa berantakan selepas Noor Nabila menfailkan tuntutan penceraian pada September tahun lalu. Sehingga ke hari ini, prosiding ke penceraian mereka masih lagi berjalan.

Terbaru, Noor Nabila meluahkan rasa kesal apabila perkara ini dipanjangkan. Menurutnya lagi, dia berasa tawar hati dengan perkara ini dan tidak nampak sebarang usaha dari pihak Sharnaaz.

Tak nampak usaha dia selamatkan perkahwinan kami

Prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan itu menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak gagal mencari kesepakatan sekali gus mahkamah menggugurkan hakam yang diwakili serta menetapkan 27 Februari untuk melantik hakam baru.

Selama setahun prosiding perceraian ini berlangsung, saya tak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan kami.

Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat.

Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham

Menurut Nabila, dia terkilan apabila proses perceraian dipanjangkan pihak Sharnaaz. Tambahnya lagi, kes keretakan rumah tangga mereka tidak sepatutnya dipanjangkan memandangkan mereka ada anak yang perlu dijaga bersama.

Saya memang tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Sepatutnya kedua-dua belah pihak faham yang kita boleh teruskan kehidupan masing-masing.

Dia sudah menjalani kehidupan hampir setahun tanpa isteri, begitu juga dengan saya.

Tambahnya lagi, kes keretakan rumah tangga mereka tidak sepatutnya dipanjangkan memandangkan mereka ada anak yang perlu dijaga bersama.

Saya sudah tawar hati

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Kami ada anak, jadi tak payah dipanjangkan atau ada pihak terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan, berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah.

Namun, apa yang membuatkan saya tak faham apabila pihak sana tergamak buat macam ini (memanjangkan kes). Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan tapi apa usaha yang dia buat? Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali bersama saya.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu. Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Sumber : Harian Metro