Sebelum ini, pelakon Qistina Raisah memberitahu dia mengidam untuk menggenggam sebuah trofi anugerah.
Berikutan daripada kenyataan tersebut, segelintir pihak telah mensalah tafsir niat asal Qistina dan mendakwa pelakon ‘Rahsia’ ini dengki dengan kemenangan pelakon lain.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Dah WhatsApp Tapi Dia Tak Balas’ – Qistina Raisah Bersikap Terbuka, Tiada Masalah Jumpa Puteri Balqis
Tak pernah dengki
Saya tak faham sangat dengan wartawan-wartawan yang tak ada hati perut ini. Tak cukup lagi ke korang ni? Tak rasa bersalah ke buat tajuk yang saya sendiri pun tak pernah terfikir pun nak cakap macam tu?
Korang timbulkan fitnah, saya tak pernah dengki dengan orang yang ada anugerah. Saya tumpang gembira lagi ada.
Menurut Qistina, segelintir portal hiburan dipercayai sengaja membuat tajuk yang mengundang fitnah dan menyebabkan dirinya dikritik teruk di media sosial.
Korang semua memang dah melampau, tak pernah terfikir budak 15 tahun nak kena hadap semua benda ini. Mohon delete sekarang.
Ujar Qistina, dia tidak pernah dengki dengan mana-mana artis yang meraih anugerah. Bahkan, tumpang gembira dengan kejayaan mereka.
Terdahulu, Qistina berkata menang anugerah ataupun tidak ianya bergantung pada rezeki.
Ramai artis-artis hebat lain pun tak menang anugerah lagi. Bagi saya, anugerah itu ibarat itu sahaja.. macam tiada apa-apa. Tapi kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki.
Pun begitu, Qistina berharap artis yang berjaya memenangi anugerah tidak memandang rendah pada mereka yang masih belum berjaya mencapai anugerah.
Tapi jangan hina orang tiada anugerah. Semua orang ada perasaan kan? Siapa dah menang, itu rezeki dia.
Sumber: Qistina Raisah