berita

‘Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Kelab Malam’ – Hariz Hamdan Nafi Cium Pelakon Wanita

September 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Hariz Hamdan Nafi Cium Aktres Popular

Baru-baru ini kecoh mengenai satu kontroversi yang mengatakan seorang pelakon wanita bercumbu dengan seorang pelakon lelaki BBNU di sebuah kelab malam di ibu kota.

Susulan itu, ramai pelakon baharu yang terpalit dengan kontroversi tersebut termasuklah Hariz Hamdan.

Artikel Berkaitan: Aktres Terkenal Didakwa Kantoi Bercium Dengan Pelakon Meningkat Naik Di Kelab Malam?

Nafi terlibat dengan kontroversi

Hariz Hamdan Nafi Cium Aktres Popular

Terbaharu, Hariz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dirinya sama sekali tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana kelab malam sebelum ini.

Saya tak pernah menjejakkan kaki di kelab malam, jadi bukan saya. Bercium dengan mana-mana wanita pun tak pernah.

Sejak gosip ini diperkatakan saya tak nafikan, ada peminat yang menghantar mesej memaklumkan nama saya turut terpalit.

Malah ada juga beberapa rakan yang berkongsi mengenai gosip terbabit. Mereka menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya individu yang dimaksudkan. Saya nafikan perkara terbabit sebab memang bukan saya.

Tambah Hariz lagi, dia lebih memilih untuk mengekalkan imej bersih bagi memastikan kehadirannya dalam industri terus kekal relevan dan diterima ramai.

Saya tak menghakimi sesiapa. Setiap orang ada cara mereka untuk berhibur. Secara peribadi, saya lebih gemar menghabiskan masa ‘healing’ menaiki motosikal, atau ke konsert.

Sebagai pelakon baharu saya harus kekalkan nama baik. Saya tidak mahu langkah saya terjejas disebabkan perkara tidak baik.

Terdahulu, kecoh mengenai kontroversi melibatkan aktres yang dikatakan bercium dengan seorang pelakon baharu yang sedang meningkat naik.

Menurut sumber yang diperoleh OhBulan!, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 yang lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×