berita

‘Saya Tak Pernah Kenal Engku Emran’ – Fiza Halim Nafi Bercinta

May 6th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama pelakon dan penyanyi, Fiza Halim dikaitkan dengan dakwaan sedang bercinta bersama suami Noor Nabila, Engku Emran.

Artikel Berkaitan: Engku Emran & Fiza Halim Bercinta?

Artikel Berkaitan: Nabila & Engku Emran Sudah Tidak Sebumbung? Neelofa Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Noor Nabila Pernah Sebut Status ‘Single’, Bakal Cerai Dengan Engku Emran?

Tidak pernah bertemu

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim itu menafikan dakwaan yang tular baru-baru ini berkenaan hubungan cinta bersama Engku Emran.

Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang ‘screenshot’ mengenai komen peminat itu di Instagram.

Jelas bekas ahli anggota Elite ini lagi, dia sama sekali tidak pernah berjumpa dengan abang ipar usahawan terkenal, Noor Neelofa itu.

Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.

Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta itu.

Bawa anak keluar bersama?

Dalam pada itu, aktres berusia 42 tahun ini juga berasa hairan apabila warganet turut melibatkan anak-anaknya dalam dakwaan tersebut.

Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya.

Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Engku Emran bersama dua orang remaja perempuan yang didakwa anak kepada pelakon filem Getaran itu sehingga tercetusnya spekulasi mereka sedang bercinta.

Sekadar info, Fiza sebelum ini tiga kali mendirikan rumah tangga. Perkahwinan pertamanya adalah bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Setelah bercerai, Fiza kemudian berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia 2, Adam dan berkahwinan ketiganya adalah bersama Aizat Al Jefri yang merupakan seorang juruterbang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×