Rumah tangga kakak kepada usahawan, Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah berantakan.
Tidak mahu masuk campur
Ditanya mengenai desas-desus berkaitan rumah tangga Nabila, Neelofa, 34, memilih untuk tidak masuk campur. Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia menghormati kehidupan privasi Nabila.
Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik saya tidak komen apa-apa. Lebih baik saya mendoakan saja.
Neelofa berkata demikian ketika diajukan mengenai kegoyahan rumah tangga Nabila ketika pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, pagi Selasa.
Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP mendoakan yang terbaik buat kebahagiaan Nabila.
Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan juga adik beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu komen apa-apa.
Terdahulu, media melaporkan bahawa rumah tangga Noor Nabila dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.