

Pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat mengakui tidak sabar untuk mempersembahkan busana perkahwinan rekaannya di KahwinFest 2025 bermula 25 hingga 27 April ini di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘Baju Melayu Ini Simple Je’ – Hatta Dolmat ‘Sakit Mata’ Tengok Fesyen Pelik Baju Melayu
Hatta teruja

Hatta atau nama lengkap Muhammad Hatta Dolmat, 42, berkata, dia akan menampilkan sesuatu yang istimewa pada acara tersebut.
Saya sudah lama tak buat pertunjukan fesyen baju kahwin kerana lebih fokus kepada penyediaan busana Ready To Wear (RTW), butik dan korporat.
Jadi saat diundang pihak KahwinFest, saya jadi teruja untuk memberikan sesuatu yang berbeza dan bukan sekadar ‘another collection’.
Saya mahu kerjasama unik ini termasuk dengan Gula Cakery bukan hanya menjadi kolaborasi di luar jangkaan tetapi masih di bawah satu bumbung untuk perkahwinan.
KahwinFest juga platform yang saya yakin mampu merealisasikan keterujaan ini atas dasar pengalaman mereka.
Saya tak sabar untuk melihat busana yang diperbuat dari kek dalam saiz sebenar manusia dan di pakai oleh model kelak.
KahwinFest 2025

KahwinFest 2025 anjuran QALAM Management menghimpunkan vendor seperti hotel, dewan kahwin, dekorasi pelamin, busana pengantin, katering, ‘wedding planner’, barang kemas, kad undangan, khidmat videografi dan fotografi tentunya menjadi acara yang ditunggu ramai terutama bakal raja sehari.
Lebih istimewa tahun ini, acara itu turut menyaksikan kerjasama dua jenama terkenal, Gula Cakery x Hatta Dolmat bergabung dalam satu terjemahan unik serta tersendiri.
Menurut wakil penganjur, sebuah pertunjukan kapsul eksklusif dan pertama seumpamanya di Malaysia akan menjadi tumpuan kepada ekspo kahwin terbabit.
Kapsul itu dipanggil Wear the Couture Dress Cake yang melihat penyatuan pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat dan pemilik jenama Gula Cakery (Nor Arieni Adriana Mohd Ritzal dan suaminya, Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli) berkongsi idea kreatif masing-masing.
Acara ini mempersembahkan satu inovasi unik dalam dunia perkahwinan yang bakal menyaksikan kek pengantin sebenar bersaiz penuh direka sebagai busana couture dan digayakan oleh model secara langsung di pentas pertunjukan.
Pastinya akan menterjemahkan elemen magis penuh imaginasi, kemewahan dan keindahan dalam satu persembahan visual serta bersejarah dibawakan oleh KahwinFest dengan tagline Festival Kahwin Paling Best.
44 vendor

Tambah penganjur lagi, sebanyak 44 tapak reruai atau ‘booth’ vendor perkahwinan akan disajikan di ekspo kahwin ini.
Antara vendor yang sudah sah pembabitan mereka seperti Tamu Hotel & Suites, Damoora, Khulafa Studio, Rose Hall & Events, Topazio Imperial, VC Venture Travel, Medina Craft Indonesia, De Orchid Gombak, Butik Pengantin Reka Tradisi, Picturesque Production, Is Grand Hall dan Kopi Saigon Batang Kali.
Tak ketinggalan Goldfinch Jewellery, Sweetpictures, Artisan Probooth, Golden Fly Energy Travel, Medionz Studio,Majestique Palace, Songkok Tok Abah, Scoopify, Coway, Prudential Takaful, Kumpulan Enak Rasa, Humaira Safwa, Faridism Production dan pelbagai lagi vendor terbaik menanti anda. Yang penting ekspo ini kemasukannya adalah percuma.
Ekspo kali ini turut menawarkan potongan harga jualan sempena Aidilfitri sehingga 70 peratus untuk pakej kahwin terpilih. Pastinya ekspo ini juga menjadi lokasi berguna yang dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.
Dalam pada itu, pemilik Gula Cakery, Nor Arieni pula berkata, dia percaya setiap kerjasama terjalin bakal memberikan simbolik tersendiri.
Pada akhirnya kita percaya dan optimis kerjasama sebegini menzahirkan pelbagai rasa dan impak. Saya bersyukur melihat kerjasama Gula Cakery dan Hatta ini menjadi realiti.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)