berita

‘Saya Tak Update Sebab Tiada Idea’ – Abby Abadi Minta Doa Orang Ramai

September 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik meskipun nama anaknya, Marissa Dania menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas didakwa menjadi punca kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Artikel Berkaitan: ‘Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka’ – Norman Hakim Mohon Maaf Bagi Pihak Anak

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mengaku Bersalah, Apa Yang Diviralkan Adalah Benar’ – Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Tiada idea nak update

Abby Abadi

Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Abby berkata dia ketika ini sedang sibuk menguruskan beberapa hal di Melaka dan meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Malah, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sempat berseloroh mengatakan dirinya tiada idea untuk mengemas kini sebarang perkongsian dalam media sosial berhubung isu yang tular tersebut.

Alhamdulillah, semuanya okay sahaja. Jangan risaukan saya. Saya tak update sebab tiada idea.

Saya di Melaka sekarang urusakan JaiTech Solutions. Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak kepada Abby iaitu Marissa Dania, 18.

Menerusi ciapan di aplikasi X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya yang dikenali sebagai Aslam selepas tiga tahun mereka melayari bahtera rumah tangga.

Sabtu lalu, Marissa tampil memuat naik kenyataan di Instagram mengaku bersalah menjadi orang ketiga sehingga berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga wanita terbabit.

Bagaimanapun, Marissa menegaskan bahawa tidak semua yang diperkatakan mengenai dirinya itu adalah seratus peratus benar.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×