Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan bahawa dia tidak dapat membuat penampilan pada konsert For You Nourul yang bakal berlangsung pada Mei ini berikutan komitmen sedia ada yang tidak dapat dielakkan.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Hamba Allah Suruh Batalkan Konsert, Sebab Dia Mahu Buat Sesuatu Yang Lain Untuk Saya’ – Nourul Depp

Artikel Berkaitan: Ajai Selesai Rakam Lagu Duet Dengan Nadeera – ‘Seorang Insan Seni Bersuara Tinggi & Merdu’

Kekangan jadual

Ketika ditemui OhBulan!, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi bersama bekas isterinya itu, iaitu Nourul Depp pada masa akan datang, termasuk mengadakan konsert bersama-sama sekiranya berpeluang.

Bagaimanapun, Ajai menjelaskan bahawa pihak Nourul ada menghubunginya, namun kekangan jadual yang tidak selari menjadi faktor utama.

Saya tak dapat tampilkan diri sebab ada komitmen-komitmen yang saya tak boleh elakkan.

Selepas itu, mungkin kalau ada rezeki lain, mana tahu satu hari kalau boleh ada Ajai dan Nourul punya konsert, dan saya rasa itu lebih afdal.

Nourul ada call juga, cuma saya tak dapat join konsert itu.

Sebab saya pun sekarang tengah sibuk dengan konsert Exists.

Sebagaimana kita tahu nanti kita pada bulan Ogos dan juga bulan Oktober, ada Exists Reunion kan?

Ada benda-benda yang saya dah terikat.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Usanita yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Kemunculan semula Nourul adalah petanda positif

Mengulas lanjut, pelantun lagu ‘Bisikan Asmara’ itu berpendapat bahawa segala isu lamanya bersama bekas isterinya itu telah berlalu dan masing-masing kini sudah meneruskan kehidupan.

Saya memang terbuka untuk lakukan konsert bersama.

Sebab pada saya, masalah lepas dah lepas, kan?

Semua pun dah move on.

Saya rasa untuk bagi komitmen pun saya tidak ada masalah, cuma saya tak dapat bagi pasal ada hal lain yang saya terikat

Dalam masa sama, dia turut mendoakan agar konsert Nourul berjalan lancar serta menyifatkan kemunculan semula penyanyi itu sebagai satu petanda positif.

Saya harapkan yang terbaik untuk konsert For You Nourul nanti.

Bila dia buat comeback ini, sebanarnya adalah petanda baik.

Pada saya peminat dia masih ada lagi, dan lagu-lagu dia juga banyak juga yang hits.

Sebelum kami berduet pun, ada beberapa lagu Nourul yang hits juga.

Sementara itu, Ajai berpandangan bahawa proses ‘comeback’ sememangnya memerlukan pendekatan baharu, termasuk strategi pemasaran yang lebih segar bagi menarik perhatian generasi pendengar masa kini.

Bila nak buat comeback, semestinya kita perlu mula pada zero balik.

Walaupun kita pernah established dulu, tapi bila kita comeback, perlukan stragtegi baru.

Strategi untuk attract peminat.

Semuanya perlu ada marketing.