berita

‘Saya Teringin Nak Berkenalan’ – Fauzi Nawawi Nak Jumpa Penyebar Video Bogel

June 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejurus selepas viral video bogel yang didakwa mirip pelakon Fauzi Nawawi, dia telah membuat laporan polis bagi membersihkan namanya. Dia turut menyatakan bahawa tuduhan sebegini bukan kali pertama dihadapi. Menerusi laporan Harian Metro, dia akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan siapa yang menyebarkan video berkenaan.

Nak jumpa si pelaku

Jangan ingat saya akan berdiam diri. Tindakan akan menyusul.

Setiap individu yang menyiarkan fitnah yang menjatuhkan maruah orang lain patut diambil tindakan untuk mengelakkan gejala buruk ini berleluasa.

Saya akan ke SKMM dan mencari individu yang bertanggungjawab. Saya nak sangat tahu punca berita ini disebarkan oleh siapa. Dia perlu berjumpa saya secara ‘face to face’. Saya teringin nak berkenalan.

Menurut suami kepada pelakon Lisdawati, tindakan perlu diambil kerana fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah dirinya. Dia ingin mengetahui dalang disebalik penyebaran video itu dan mahu bersemuka dengan individu terbabit.

Isteri dan anak terima tekanan

Untuk saya terima fitnah dan isu ini, saya masih boleh bertenang lagi. Tapi oleh kerana anak-anak dan isteri menerima tekanan daripada perbuatan tak bertanggungjawab ini, saya rasa mereka sudah pergi terlalu jauh dan melampau sangat kalau dibiarkan.

Ini isu berat yang kita perlu tangani dengan undang-undang. Saya rasa semua orang perlu ambil serius mengenai perkara ini.

Tambahnya lagi, isteri dan anak-anaknya menerima tekanan akibat dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Oleh sebab itu, dia mengambil tindakan undang-undang agar si pelaku dapat diheret ke muka pengadilan.

Mohon semua bertaubat

Sebagai hambanya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu di sebarkan.

Andai aku mati esok hari, Aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yg tak lepas buat salah.

Semoga Allah SWT ampunkan dosa dosa kita semua.

Menerusi perkongsian terbaru Lisdawati di Instagram, dia memuat naik foto dia bersama suaminya beserta kapsyen menyatakan dia menyerah segala yang berlaku kepada Allah S.W.T. Dia turut menyeru agar semua umat Islam bertaubat dan bukan menyebarkan dosa silam manusia.

Sumber: Harian Metro. Lisdawati

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×