berita

‘Saya Terkejut Bila Dengar Jeritan Norhayati, Kami Cuba Beri Bantuan Pernafasan Tetapi Tiada Respon’ – Aida Aris

October 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, indutsri hiburan dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelakon yang cukup berbakat iaitu Badrul Muhayat yang dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Artikel Berkaitan: Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia

Tak perasan sebarang perubahan

Terbaru menerusi laporan BH Online, pelakon Aida Aris memberitahu dia terdengar jeritan isteri Allahyarham Badrul Muhayat iaitu Norhayati Zulkapli daripada dalam bilik dan terkejut melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.

Pagi tadi, saya terkejut bila mendengar jeritan Norhayati daripada dalam bilik. Secara kebetulan, kami menginap di homestay sama, jadi saya bergegas ke biliknya dan mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri.

Kami cuba memberi bantuan pernafasan, tapi tiada respon dan kami segera memanggil ambulans.

Ujar Aida, kali terakhir mereka berjumpa sebelum arwah masuk tidur, semalam.

Saya tak perasan sebarang perubahan pada arwah. Dia pun nampak okay dan sihat sahaja. Arwah beritahu matanya mengantuk dan nak masuk tidur, malam tadi. Itu sahaja yang sempat kami bualkan sebelum arwah masuk bilik.

Menurut info, jenazah arwah masih lagi berada di homestay dan isterinya kini masih berada di balai polis untuk membuat laporan.

Setakat ini, kami masih menunggu Norhayati pulang dari balai polis. Jenazah masih berada di homestay, selepas itu barulah kita tahu keputusan bawa arwah ke mana.

Terdahulu, Allahyarham Badrul, 55, disahkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi tadi. Beliau meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×