berita

‘Kami Berpisah Bukan Sebab Ashira Tak Tahan Jaga Saya’ – Bad Indigo

July 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita penceraian yang dikongsikan oleh penyanyi Bad Indigo dan Ashira Aziz pada 23 Jun lalu telah mengejutkan ramai orang.

Artikel Berkaitan: Bad Indigo & Ashira Aziz Sah Bercerai, Tetap Kawan Sampai Bila-Bila

Netizen akan mencari punca

Ketika ditemui OhBulan!, Bad menafikan dakwaan segelintir netizen yang menganggap penceraian dengan Ashira terjadi disebabkan bekas isteri enggan menjaga dirinya yang sedang berdepan masalah kesihatan.

Kata Bad, 46, sepanjang perkahwinan mereka Ashira sentiasa ingin menolong tetapi dia yang menolak.

Dia sebenarnya nak tolong saya, tapi saya yang tak izinkan daripada awal lagi. Dia nak tolong ambilkan air, bawa saya ke bilik air atau cuci luka pun saya kata tak perlu ikut biar saya buat sendiri.

Saya ada beritahu kalau ditakdirkan kita tidak bersama dia pasti tidak dapat nak tolong saya dan takkan ketika itu saya nak kelam-kabut seorang diri. Jadi biarlah saya ajar diri saya.

Tiada istilah kami berpisah sebab dia tak tahan untuk jaga saya pun. Netizen akan mencari punca sebab bagi mereka cerita kami ini tergantung, lebih-lebih lagi kami buat pengumuman berpisah dan sehingga kini masih berkawan baik.

Mungkin mereka tak suka pengakhiran yang begitu, nak ada kontroversi. Masalahnya memang tiada. Kalau ada benda apa-apapun saya tidak akan sesekali mendedahkannya sebab itu adalah aib.

Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, keputusan untuk kekal berkawan itu telah membuktikan hubungan dia dan Ashira tidak bermasalah.

Kenapa kami boleh berkawan baik, rasanya orang luar boleh fikir sendiri. Maknanya kami tidak saling membenci dan lebih elok menjadi kawan daripada mempunyai ikatan serta tak perlu nak putuskan silaturahim.

Bersyukur dapat ujian

Dalam pada itu, Bad positif mengharungi pelbagai dugaan dan menyifatkan dirinya adalah insan bertuah.

Saya rasa lagi bertuah daripada orang lain kerana apa yang terjadi kepada saya termasuk kegagalan dalam perkahwinan dan sakit, Allah nak bagi kita yang lebih baik sebab Dia yang merancang.

Dia ambil bahagian depan kaki saya, ia bukan kepunyaan saya tapi milik-Nya. Dalam pada saya duduk diam begini, tiba-tiba saya dilimpahkan rezeki apabila dapat kerusi roda elektrik, sumbangan serta dapat kerja baru.

Saya ada terfikir mungkin kehidupan saya akan lebih teruk tapi sebenarnya lagi senang dapat kerja. Dalam kekurangan saya, lebih banyak kelebihan yang saya dapat.

Malah bila jadi begini ramai rakan yang datang bertanya khabar kerana bimbang saya tertekan atau mengalami kemurungan. Ialah bila kena begini mungkin ramai yang fikir saya tak boleh terima hakikat, rasa kenapa saya tapi sebenarnya saya reda.

Untuk rekod, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 11 Mac tahun lalu.

Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 13, dan Rania, 12 manakala Ashira pula berstatus ibu tunggal pada 2015 dan memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 16.

Sumber: Instagram @bad.indigo_official

SKIP THIS AD ×