Pelakon Beego hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9.45 pagi Khamis bagi sebutan pertama kes perceraian bersama isteri, aktres Linda Hashim.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Mengaku Sudah Empat Bulan Tak Sebumbung, Beego Boleh Jumpa Anak-Anak – ‘Saya Tak Pernah Halang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keganasan Rumah Tangga & Orang Ketiga Jadi Punca Mahu Bercerai? Linda Hashim Enggan Ulas – ‘Itu Boleh Tanya Beego Sendiri’

Sebutan pertama

Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, yang hadir bersama peguam dikenali sebagai Akmal berharap kes rumah tangganya dapat menemui jalan penyelesaian.

Hari ini adalah sebutan pertama untuk saya, saya hadir bersama peguam, Tuan Akmal. Kami akan cuba membincangkan, kalau tanya saya mengenai permintaan dia, saya tidak akan lafaz cerai hari ini.

Kita mungkin akan bawa ke satu hari yang lain dulu dan saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini. Tapi kita tengok pihak dia bagaimana, saya harap yang baik-baik untuk saya. Doakanlah.

Rundingan dengan Linda

Berkongsi lanjut, pelakon sitkom Puteri itu berkata, dia mahu membuat rundingan terakhir dengan Linda sebelum membuat sebarang keputusan.

Buat masa sekarang mungkin niat dia nak saya melepaskan dia, bagi saya pulak sekurangnya ada satu rundingan terakhir sebelum kita selesaikan apa-apa pun.

Kita nak tahu kenapa dan sebagainya. Kalau boleh diselamatkan, kita selamatkan. Tolong doakan yang baik-baik untuk saya. Saya pun sudah lama tak jumpa dia.

Dalam pada itu, Beego tidak menafikan bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan Linda sudah keluar dari rumah kelamin mereka sejak lima bulan lalu.

Dia katakan dia keluar rumah sejak empat hingga lima bulan itu betullah. Saya harap dia boleh baliklah.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Perkara itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.