berita

‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata Dari Mengalir…’ – Sah Dicerai Talak 3, Rihana Terharu Terima Sokongan

July 22nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Teka-teki berita perceraian jelitawan Russia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akhirnya terjawab apabila peguam sultan itu mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

Rihana menerusi muatnaik terbaru di Instagramnya meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan daripada netizen setelah apa yang berlaku.

Bersyukur terima sokongan seluruh pelusuk dunia

Menurut Ratu Cantik Moscow ini, dia menangis kegembiraan apabila menerima banyak mesej daripada pengguna laman sosial yang memberi sokongan moral kepadanya.

Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.

Akan terus kongsi kisah

Rihana juga turut menyatakan rasa bangga apabila cahaya matanya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra mempunyai darah Malaysia dan menegaskan akan berbuat apa sahaja untuk melihat Ismail membesar.

Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.

Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan.

Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.

Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku! Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.

Sumber: Rihana Petra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×