Isu pergaduhan antara artis serba boleh Ifa Raziah dan Roslan Shah yang dipercayai sudah pun diselesaikan kembali berlanjutan. Difahamkan isu ini tercetus semula apabila Ifa diberitahu mengenai dakwaan penghibur kelahiran itu terhadap diri beliau kononnya dia telah mengupah pembunuh untuk menembak Roslan.
Artikel berkaitan: ‘Ini Sudah Melampau’- Didakwa Mahu Menembak Roslan Shah, Ifa Raziah Buat Laporan Polis
Berhubung dakwaan berat yang ini, Ifa telah membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan. Katanya, Roslan telah melemparkan fitnah ke atasnya dirinya sambil akui tidak tahu motif sebenar pengacara itu sehingga membuat dakwaan palsu berkenaan. Update terbaru mengenai isu ini, Roslan ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini menafikan dakwaan Ifa.
Saya tidak sebut apa didakwa Ifa
Roslan menolak dakwaan Ifa yang menuduhnya membuat laporan polis menyatakan penyanyi dan pengacara itu mengupah orang untuk menembaknya.
Walau bagaimanapun, penghibur itu akui ada membuat laporan polis berhubung kandungan video yang disiarkan secara langsung oleh Ifa sebelum ini. Katanya laporan itu dibuat bagi tujuan keselamatan diri dan ahli keluarganya. Dalam penjelasannya, Roslan menafikan ada menyebut tentang dakwaan Ifa itu dalam laporan polis yang dibuat sekitar dua hari lepas.
Saya tidak boleh mendedahkan isi kandungan laporan polis dibuat atas nasihat pihak berkuasa.
Mereka (pihak polis) menasihati agar membiarkan mereka membuat siasatan terlebih dahulu kerana ia membabitkan ugutan jenayah.
Tidak pasti bagaimana ura-ura dakwaan ini boleh tersebar kerana difahamkan perkara ini hanya sampai ke pengetahuan Ifa selepas diberitahu pegawai polis. Harap persengkataan antara kedua ini akan menemui jalan penyelesaian yang baik.
Sumber: Harian Metro