berita

‘Saya Tidak Teragak-Agak Tunjukkan Semua Bukti’ – Ellika Azman ‘Buka Mulut’ Isu Hubungan Dengan Amar Asyraf

October 11th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang pelakon lelaki, Amar Asyraf yang dikatakan telah berlaku curang dengan menjalinkan hubungan sulit bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Ellika Azman.

Terbaru, wanita tersebut ada memuat naik satu posting di instagram miliknya dengan mengatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan bukti sekiranya terdapat percanggahan kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon berkenaan.

Tiada niat lain

Menerusi entri tersebut, pendedahan yang dilakukan olehnya tidak mempunyai niat lain sebaliknya dia ingin membela nasib anak pelakon tersebut bersama isterinya yang kedua itu.

Tambahnya lagi, dia kini sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya untuk membela nasib isteri kedua pelakon itu dan anaknya.

Akan kemukakan bukti

Dia juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan tindakannya mendedahkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ellika turut menegaskan bahawa dia akan menunjukkan semua bukti termasuk audio perbualannnya dengan pelakon itu berhubung dengan hubungan mereka sekiranya terdapat percanggahan daripada mana-mana pihak.

Sebelum ini, isteri pertama pelakon lelaki ini ada mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan cerita sebenar seperti yang didakwa oleh Ellika.

Sumber: Ellika Azman