berita

‘Ya, Dia Sudah Failkan Perceraian..’ – Nadia Brian

December 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga pelakon terkenal, Nadia Brian dan suami telah mendapat liputan hangat dari media tempatan. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga dikatakan sudah tinggal sebumbung.

Artikel Berkaitan: ‘Nadia Bukan Curang Dengan Seorang, Tetapi Dua Lelaki…’ – Muizz Nasruddin

Terbaru, Nadia telah membuka mulut dan mendedahkan kepada umum mengenai status hubungannya dengan suami, Muizz Nasruddin.

Dedah status hubungan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, Nadia mengesahkan bahawa suaminya telah memfailkan kes perceraian mereka di mahkamah dan masih menunggu tarikh perbicaraan. Walaupun begitu, pelakon ini tidak mendedahkan punca sebenar suaminya itu bertindak sedemikian.

Ya, dia sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah. Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Covid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh.

‘Saya tak akan maafkan kecuali..’

Alhamdulillah setelah memberi ruang, kini saya menjawab status saya sekarang. Doakan semuanya dipermudahkan. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah. Fitnah, kata-kata yang tak baik kepada saya dan juga kepada keluarga saya, saya tak akan maafkan kecuali datang mohon maaf kepada saya.

Sementara itu, Nadia Brian menerusi akaun Instagramnya sebelum ini berharap agar segala urusan dipermudahkan selain menegaskan dia tidak akan memaafkan orang yang melemparkan fitnah terhadap diri dan keluarga kecuali individu tersebut datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: Kosmo Online, Nadia Brian

SKIP THIS AD ×