Foto: Suspek, Nikki Secondino
Gara-gara komputer riba, seorang model dari Brooklyn tergamak membunuh bapa dan menikam adik kandungnya. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian membuat laporan polis kononnya mangsa diserang akibat rumah mereka dirompak.
Tikam bapa dan adik sebab laptop
Foto: Bapa dan adik suspek
Suspek, Nikki Secondino yang berusia 22 tahun itu dipercayai melakukan pembunuhan kejam tersebut pada 29 Disember tahun lalu di kediaman keluarga yang terletak di Bensonhurst. Pada awalnya suspek mendakwa rumah mereka dimasuki perompak sebelum bapa dan adiknya diserang.
Tetapi akhirnya suspek mengaku dia adalah dalang di sebalik serangan dua beranak itu. Semasa memberi keterangan, suspek mengaku mengambil sebilah pisau dari dapur sebelum menyerang bapanya yang sedang tidur di atas sofa.
Saya keluar dari bilik dan nampak bapa tidur di atas sofa. Saya pukul kepalanya dengan penukul (hammer). Saya kemudian ambil sebilah pisau dan menikamnya.
Adik saya kemudian keluar dari bilik untuk menghalang saya, tapi saya bertindak menikam kepala, perut dan bahagian belakangnya. Saya nak mereka mati.
Susulan daripada serangan tersebut, si bapa disahkan maut manakala adik perempuan suspek mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di hospital.
Menurut sumber, suspek yang juga merupakan seorang transgender telah ditahan polis dan didakwa atas enam pertuduhan termasuklah kesalahan membunuh, menyerang dan memiliki senjata.
Sumber: NBC New York, New York Post