berita

‘Saya Tutup Akaun Bukan Sebab Sedih Atau Marah Dengan Komen Tersebut’ – Raja Permaisuri Agong

September 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semalam, kecoh tentang isu penutupan akaun Twitter @cheaminahsayang milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sehingga menjadi trending dengan #AmpunTuanku. Rata-rata netizen mengaitkan penutupan akaun itu dengan tindakan segelintir netizen mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Raja Permaisuri negara.

Susulan itu, semalam polis sedang mengesan individu terbabit selepas menerima laporan daripada orang awam. Bagaimanapun sebentar tadi, puteri kepada Tunku Azizah, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi akaun Twitternya @tengkuafzan1 berkongsikan sedikit kenyataan daripada Raja Permaisuri kepada umum.

Tutup akaun bukan sebab sedih atau marah

Menerusi paparan screenshot yang dikongsikan itu, Tunku Azizah berkata tindakan baginda menutup akaun Twitternya bukan disebabkan perasaan sedih mahupun marah dengan komen negatif yang dibuat beberapa individu. Malah, baginda sendiri tidak membaca atau sedar dengan sebarang kenyataan sensitif yang dikeluarkan.

Menurut baginda, penutupan akaun Twitter itu dibuat atas alasan peribadi dan baginda turut meminta supaya tiada sebarang laporan polis dibuat terhadap individu yang dikaitkan.

Netizen sebak

 

Perkongsian Tengku Afzan itu kemudiannya mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya terharu dengan kebaikan yang ditonjolkan Raja Permaisuri Agong.

Malah ramai dari kalangan mereka juga berharap agar Raja Permaisuri Agong dapat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.

Sumber: Twitter tengkuafzan1

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×