berita

‘Sayu Rasa Hati…’ – Ebit Lew Agih Air Kepada Penduduk Selangor

November 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Dua hari lepas tujuh Wilayah di Selangor berhadapan saat cemas sekali lagi, apabila berlakunya gangguan bekalan air yang disebabkan pencemaran bau.

Artikel BerkaitanPencemaran Bau, 7 Wilayah Di Selangor Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 6 Petang

Prihatin dengan apa yang terjadi, sekali lagi figura dermawan Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan air kepada penduduk Selangor.

‘Sayu’ rasa hati

Foto: Ebit Lew

Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya.

Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.

Menerusi posting Ebit di Facebooknya, beliau berasa sedih apabila sekali lagi penduduk Selangor diuji dengan ketiadaan air. Tambahan pula, kegunaan air sangat penting dalam penggunaan seharian dan agak menyusahkan orang ramai jika terputus bekalan air. Beliau ketika itu terus membuat pesanan lori yang membawa air dan telah mengagihkan kepada penduduk flat sekitar Subang semalam.

Tambah beliau, walaupon hari sudah lanjut malam, masih ramai datang bagi mengambil bantuan air yang disampaikan oleh beliau.

Doakan yer

Foto: Ebit Lew

Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini.

Tidak berakhir di situ, beliau turut akan menghantar bekalan air ke beberapa lagi kawasan mengikut permintaan orang ramai. Sebak bila, Ebit cakap ‘macam mana nak tidur, kalau ramai perlukan air’. Baik sungguh Ustaz.

Terima kasih Ustaz!

Foto: Ebit Lew

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh beliau. Mereka turut mendoakan supaya Ebit terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Terkini, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)  memaklumkan sehingga jam 6:00 pagi hari ini, sejumlah 888 (69%) kawasan yang terjejas telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat.

Justeru itu, sebanyak 391 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Sumber: Ebit Lew & Air Selangor

SKIP THIS AD ×