
Bintang global dancehall, Sean Paul bakal menggegarkan Malaysia dengan tenaga luar biasa dan deretan lagu hits miliknya dalam satu konsert istimewa, ‘Sean Paul Live in Malaysia 2025’ di Idea Live Arena, pada 10 Oktober depan.
Artikel Berkaitan: Konsert Datuk M. N46IR Cipta 3 Kembali Dengan Tema ‘Gua Rock’ September Ini!
Sean Paul Live in Malaysia 2025

Konsert yang dijangka menjadi salah satu acara muzik paling diingati tahun ini dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment.
Kehadiran bintang antarabangsa ini menandakan kemunculan semula Sean Paul ke Malaysia sejak kali terakhir beliau tampil pada 2018.
Menurut penyanyi berusia 52 tahun itu, dia amat teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan peminatnya di Malaysia.
Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa.
Saya paling bersemangat ingin menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ni punya aura, dan saya yakin penonton akan menikmatinya
Peminat boleh menjangkakan persembahan penuh bertenaga dengan lagu-lagu hits popular serta karya terbaharu, termasuklah single terkininya ‘Ginger’ yang kini sedang mencipta fenomena di pelbagai platform penstriman muzik.
Tiket-tiket akan dijual secara rasmi bermula 21 Julai 2025 di di https://www.fantopia.io/ dan dijangka habis terjual dalam masa yang singkat.
Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak kecewa dan dapat turut serta dalam acara muzik yang ditunggu-tunggu ini.
Menurut wakil Epic Elation, konsert ini bukan sekadar persembahan tetapi mengimbau memori dan nostalgia bersama peminat Sean Paul.
Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu sambutan muzik, budaya dan hubungan sejagat.
Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan sebuah pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa.







