

‘Ada naluri kasih sayang terhadap dia’ antara gurauan penyanyi, Ronnie Hussein semasa membuat pilihan peserta terakhir untuk berduet dengannya dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM3) semalam.
Artikel berkaitan: Happy Dapat Berduet Dengan Penyamar Suara Sumbang, Zizi Kirana ‘Terkena’ Dalam ICSYVM
Rancangan yang berlangsung setiap hari Ahad itu turut mendapat sambutan apabila penyanyi ‘Dikoyak Waktu’ berjaya menyingkirkan kesemua penyamar bersuara sumbang.
Biar aku jadi penunggu
https://www.youtube.com/watch?v=vdrgcice2L8
Dalam episod semalam, Ronnie dibantu oleh dua penyiasat jemputan iaitu Erma Fatima dan Ayie Floor 88. Manakala, Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam merupakan panel penyiasat tetap. Di awal rancangan, Ronnie kelihatan agak kecewa apabila menyingkirkan penyanyi sebenar. Namun, di pusingan kedua dan ketiga percaturannya semakin tepat meskipun keliru dengan pandangan para penyiasat.
Tuhan selamatkan saya!
View this post on Instagram
Mula-mula frust juga, tapi Alhamdulillah Tuhan selamatkan saya. Dia orang semua tak membantu saya. Di orang sebenarnya ditugaskan untuk mengelirukan saya. Naluri saya 70 peratus pada masa tu. Pendapat mereka hanya 30 peratus. Alhamdulillah naluri saya tepat.
Mengulas mengenai perasaan berjaya berduet dengan penyanyi sebenar, Ronnie memberitahu dia gembira dapat berduet dengan Misha Nabila. Ujarnya lagi, panel penyiasat berjaya membuatkannya keliru.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)