berita

‘Sebab Dia Habis Yang Lain Semua’ – Operasi MBSA Umpama ‘Balas Dendam’, Ini Reaksi Netizen

August 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil perhatian ekoran dakwaan pegawai dan anggota penguat kuasa mengambil rasuah melindungi premis perniagaan haram.

Artikel berkaitan: SPRM Pandang Serius Video Viral, Ambil Tindakan Pegawai Lindung Aktiviti Haram

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil tindakan terhadap beberapa premis perniagaan yang melanggar undang-undang. Operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh itu, didakwa sebagai ‘membalas dendam’ oleh peniaga di situ.

Merobohkan struktur tambahan

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, operasi yang dijalankan bertujuan untuk menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh. Sebanyak 101 notis telah dikeluarkan ke atas premis-premis yang tidak mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) semalam.

Jelasnya lagi, MBSA turut merobohkan struktur tambahan di premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan. Sebagai contoh, struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap. Seramai 230 anggota MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor turut serta dalam operasi tersebut.

Balas dendam

Di Facebook, rata-rata netizen meluahkan pandangan masing-masing berhubung tindakan MBSA yang menjalankan operasi terhadap beberapa perniagaan yang melanggar tindakan undang-undang. Menurut netizen, perniagaan mereka turut terjejas ekoran operasi yang dilakukan pihak MBSA.

Ujar mereka lagi, operasi tersebut terlalu drastik dan ianya seolah mahu membalas dendam. Di samping itu, netizen mendakwa MBSA sewajarnya melihat kesalahan yang lebih besar termasuk kewujudan premis perjudian dan rumah urut yang berada di Selangor. Walau bagaimanapun, usaha MBSA membanteras dan melakukan operasi tersebut masih mendapat pujian daripada segelintir netizen. Mereka menyifatkan MBSA telah menjalankan tanggungjawab mereka.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×