berita

SPRM Pandang Serius Video Viral, Ambil Tindakan Pegawai Lindung Aktiviti Haram

August 10th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Seorang pengguna Facebook menerusi sebuah video mendakwa premis perniagaan yang diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup. Individu ini tidak berpuas hati ekoran gerai burger miliknya disita pihak berkuasa.

Artikel berkaitan: ‘Itu Adalah Fitnah’ – Ketua Polis Sungai Buloh Jawab Isu Video Viral

Terbaru, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil perhatian ekoran dakwaan pegawai dan anggota penguat kuasa mengambil rasuah melindungi premis perniagaan haram.

Akan amik tindakan tegas

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya memberitahu SPRM memandang serius video viral mengenai penguat kuasa yang dikatakan melindungi premis haram, jualan rokok seludup dan judi.

Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini.

Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kenyataan itu lagi, beliau memohon agar orang ramai segera menyalurkan maklumat kepada SPRM. Sebaiknya tidak menghebahkan isu ke media sosial kerana tindakan sedemikian tidak membantu proses siasatan.

Malah, tindakan sebegitu hanya memberi peluang kepada pihak berkenaan menghapuskan bukti.

Terdahulu, video viral tersebut mendakwa pihak berkuasa gagal memantau dan menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa juga didakwa berat sebelah dalam urusan penyitaan premis perniagaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×