Lapan jam berada di kediaman bekas Perdana Menteri, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, menurut laporan Astro Awani. Kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu.
Namun, ada yang merasakan serbuan yang diadakan pada malam semalam itu tidak sewajarnya diadakan.
Geledah malam dan awal pagi tidak sesuai
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis menyerbu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu yang tidak sesuai.
Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam tadi.
Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan menggeledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian.
Mohon polis terap prinsip keadilan
Ini kerana katanya, sebarang tuduhan, siasatan perlu dilakukan dengan bijak. Malah, beliau memohon polis sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.
Bagaimanapun, tiada dokumen dirampas, sebaliknya hanya barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah diambil polis sebagai bukti dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Harpal Singh Grewal, mengesahkan perkara itu kepada pemberita sebaik keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, 4.25 pagi tadi.
Sumber: Utusan Online, Harian Metro