Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ameena Sofia, pada tahun ini. Perkara tersebut dikongsikan oleh Fizi menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Selamat hari lahir Ameena sayang
Selamat hari lahir Ameena sayang. Daddy letak video dekat sini supaya kalau nanti daddy dah tak ada, awak ada memori untuk tengok dekat sini. Nanti awak dah besar awak akan faham. Daddy tak pernah lupakan awak walau sesaat. Awak nyawa daddy. Maaf tak dapat jumpa awak sebab daddy tak nak lagi dituduh jadi pembawa penyakit dekat awak. Daddy tak sanggup tengok awak sakit dari jauh. Tak dapat jaga awak, tak dapat sentuh awak. Maafkan daddy. Terima kasih jugak kepada orang-orang yang menyumbang untuk bagi hubungan bapa dan anak jauh. Semoga korang diberkati.
Menerusi video berkenaan, Fizi merakam momen fia membeli beberapa hadiah kesukaan Ameena di sebuah pusat beli belah sekitar ibu kota. Pada masa yang sama, Fizi juga memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan hadiah berkenaan di pondok pengawal.
Jangan salahkan diri sendiri
View this post on Instagram
Di ruangan komen, rata-rata sahabat baik Fizi seperti Feeya Iskandar dan Suraya Borhan memberi nasihat agar Fizi tidak perlu menyalahkan diri sendiri selepas apa yang terjadi terhadap Ameena. Menurut Feeya, semua orang nak elak daripada terkena jangkitan Covid-19. Tetapi jika Allah dah tetapkan untuk nak kena Covid pasti kita akan kena juga ujarnya.
Sumber: Fizi Ali