
Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam, mengakui bahawa selepas perkahwinannya dengan dua wanita termasuk Marissa Dania, iaitu anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, ramai lelaki telah menghubunginya untuk mendapatkan tips berkaitan kehidupan berpoligami.
Artikel Berkaitan: Aslam Nafi Konten ‘Galau’ Marissa Dania Berkait Isu Rumah Tangga – ‘Ada Pihak Salah Anggap’
Artikel Berkaitan: Status Pernikahan Aslam & Marissa Akhirnya Sah Di Sisi Undang-Undang Selepas Setahun Berkahwin
‘Susah, sebenarnya agak susah’
Ketika ditemui OhBulan!, Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, berkata dia tidak mengambil serius berhubung pertanyaan itu sebaliknya menganggap ia hanyalah sebagai gurauan semata-mata.
Ramai yang minta nasihat (poligami), tetapi, saya anggap semuanya gurauan dan lazim, saya tidak balas mesej langsung (DM).
Aslam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen New Chapter anjuran Wawa Cosmetics di sini, baru-baru ini.
Apabila ditanya mengenai pandangannya sendiri tentang kehidupan berpoligami, Aslam mengakui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi lebih-lebih lagi dengan usianya yang masih muda.
Susah, sebenarnya agak susah. Saya tidak boleh ulas lebih dan terperinci.
Saya bimbang perkara ini membabitkan sensitiviti banyak pihak.
Dalam pada itu, menantu kepada pelakon Abby Abadi ini mengakui masih berusaha untuk menjadi seorang suami yang terbaik buat kedua-dua isterinya, Umisya dan Marissa.
Sebenarnya, sampai saat ini saya cuba yang terbaik dalam setiap sudut. Apa yang tidak boleh, saya tetap usaha. Masih banyak yang saya perlu perbetulkan.
Untuk rekod, Aslam mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.
Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023, sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang lahir pada 17 Februari lalu.
Aslam bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.