Rasanya pembaca semua dah pun update artikel mengenai isu Lisa Surihani didakwa datang ‘berkemban’ ke satu majlis baru-baru ni kan?
Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Ditegur Netizen Gara-Gara Fesyen Berkemban
Jadi kami pun menghubunginya semalam untuk mendapatkan respon. Namun, Lisa tidak membenarkan kami untuk buat story follow-up mengenai isu ini kerana tak mahu ia diperbesarkan.
Tapi, bila selak Metro hari ini, terkesima juga kami apabila pelakon itu dilihat telah pun membenarkan kenyataannya untuk dicetak. Katanya, ” Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun.”
Baju ‘berkemban’ yang dipakai Lisa di sebuah majlis baru-baru ni
“Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.
“Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang.”
Okay lah Lisa. Mungkin lepas ni Lisa boleh berhati-hati dalam memilih pakaian untuk diperagakan. Al-maklumlah, Lisa sebelum ini dilihat mempunyai imej yang manis dan sopan di pandangan peminat. Bila tampil ‘berkemban’, sudah pasti ramai yang terkejutkan?