Pelakon Elfira Loy, mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu coretan jujur tentang kehidupannya sebagai seorang ibu.

Artikel Berkaitan: Elfira Loy Gusar Dengan Berita Jenayah Pelajar – ‘Di Tadika Sampai Berdarah Hidung Anak, Macam Mana Nanti Dekat Sekolah?’

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Nak Masuk Pertandingan Baju Siapa Paling Cantik & Nombor Satu’ – Elfira Loy

Pernah bandingkan diri dengan wanita lain

Menerusi satu hantaran di Threads, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Ahmad Sabri, 31, mengakui bahawa dia pernah berasa rendah diri apabila membandingkan kehidupannya dengan wanita lain yang memiliki pembantu di sisi.

Bagaimanapun, selepas memahami pengalaman orang lain secara tidak langsung membuka matanya untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih positif.

Dulu saya ada perasaan yang ‘orang tu boleh lah, dia ada pembantu, driver.’

Tapi percayalah, bila kita banyak bergaul dengan para ibu, sebenarnya ramai wanita yang memang boleh buat semuanya sendiri.

Mereka sudah anggap itu rutin harian, masa itu lah saya rasa, saya pun boleh buat. Saya tidak perlu sedih atau tertanya-tanya kenapa aku yang kena buat semua.

Perkara itu juga membuatkan dia mampu mengurus segala tanggungjawab tanpa perlu merasa tertekan atau rendah diri. 

Selesa tidak ambil pembantu rumah

Tambah pelakon drama Aku Bukan Malaikat itu, kini dia lebih selesa mengurus segalanya sendiri tanpa mengambil pembantu rumah.

That’s why saya berhenti mencari pembantu rumah. Saya memang buat semua sendiri.

Bangun pagi, mandikan anak, siapkan untuk ke sekolah, sediakan sarapan, hantar dan ambil mereka dari sekolah. Kemas rumah, masak dan lipat baju semua.

Tapi tetap boleh pergi main pickelball,cafe huntinga dan kerja.

Ujarnya lagi, apa yang dilaluinya bukanlah sesuatu yang luar biasa sebaliknya dalam kalangan rakan-rakannya, semua itu boleh dilakukan sendiri jika pandai mengurus masa dengan baik.

Dalam circle saya, semua ini tidak unik pun. Semua adalah rutin yang biasa dibuat.

Kenapa boleh buat? Sebab saya memang lakukan perbandingan. Bandingkan dari segi cara susunan jadual mereka dan cara memudahkan kerja-kerja itu.

Sumber: Threads