Kecoh dalam media sosial ketika ini mengenai topik busana perkahwinan adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy yang didakwa meniru gaun persandingan milik cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir iaitu Ally Mukhriz.

Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz

Artikel Berkaitan: Majlis Perkahwinan Ezlisa Loy & Hafiz Dipuji Unik

Tiru busana kahwin?

Pada majlis persandingan Ezlisa baru-baru ini, dia mengenakan busana songket berona biru muda yang disulami dengan manik merah jambu hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Samm Republic.

Begitu pun, tidak lama kemudian, Ally pula memuat naik foto dia menyarung busana rekaan Fizi Woo ketika majlis perkahwinannya pada lima tahun lalu berserta kapsyen ringkas bertulis ‘throwback’ di Instagram.

Hal demikian sekali gus menyorot perhatian wargamaya apabila ada yang mendakwa busana mereka seakan sama. Malah, ada yang mendakwa Ezlisa meniru gaun perkahwinan Ally.

Tidak berdiam diri, Ezlisa tampil berkongsi inspirasi busananya yang diilhamkan daripada pereka fesyen antarabangsa yang berasal dari Filipina, Michael Cinco.

Sementara itu, Elfira juga dilihat tampil mempertahankan adiknya mengenai isu tersebut dengan memuat naik ayat sindiran dalam sebuah hantaran di platform Threads.

What a joykiller (perosak kegembiraan orang lain), patutlah kawan dengan…

Michael Cinco ialah seorang legenda. Saya sentiasa menyukai rekaannya. Dapat menghasilkan busana yang hampir sama dengan rekaannya terutamanya bahagian skirt dengan kombinasi labuci berbentuk bunga, sangatlah cantik Samm Republic.

Apa-apa pun tujuan dia nak nampak cantik sahaja. Setiap pengantin nak nampak cantik. Bukan nak masuk pertandingan baju siapa paling cantik dan nombor satu.

Sumber: Threads