berita

Sebilik Dengan Bayi Positif COVID-19, Wanita Kongsi Pengalaman Mendebarkan Anak Jalani Ujian Saringan

March 20th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan kerajaan harus dipatuhi untuk mengelakkan virus COVID-19 semakin tersebar. Perintah ini dilakukan bertujuan untuk memutuskan rantaian virus daripada dijangkiti lebih ramai orang. Pastikan hanya duduk di rumah!

Seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya yang perlu menjalani pemeriksaan saringan selepas salah seorang bayi di pusat asuhan positif COVID-19.

Sebilik dengan bayi positif COVID-19

Berkongsi dengan lebih lanjut, bayi di pusat asuhan tersebut dipercayai mempunyai kontak dengan datuknya yang baru pulang dari tabligh. Tambah Adila Nasir lagi, anaknya ditempatkan sebilik dengan bayi tersebut di pusat asuhan.

Wanita ini merayu agar orang ramai mematuhi larangan dan hanya duduk di rumah. Siapa tahu anda sebenarnya adalah pembawa dan berisiko menyebarkan virus kepada orang lain jika tidak dikuarantin. Dia juga memohon agar semua orang menjaga kebersihan dan menjaga jarak sosial.

Sangat menakutkan

Tambahnya, pengalaman berada di Isolation Room sangat menakutkan. Petugas kesihatan akan mengiringi ke mana sahaja dia pergi bahkan lif dan pintu juga sudah tersedia dibuka untuk memberi laluan. Tidak putus-putus panggilan diterimanya daripada Kementerian Kesihatan, PKD dan doktor untuk memantau tahap kesihatan mereka.

Keputusan ujian negatif

Bersyukur kepada Allah SWT, keputusan ujian anak menunjukkan negatif. Kini, ujian kedua dilakukan dan dia berdoa agar keputusan yang keluar turut sama negatif.  Dia berterima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang tidak putus mendoakan dari awal.

Sumber : Adila Nasir , Kika Mohamad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×