berita

‘Sebolehnya Saya Nak Selamatkan Rumah Tangga’ – Bella Astillah

May 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan sah lafaz talak satu. Kedua-dua mereka telah menghadirkan diri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Namun, penceraian ini langsung tidak menjejaskan kerja dan tanggungjawab Bella Astillah sebagai seorang ibu untuk terus mencari rezeki.

Jemputan majlis sudah lama dibuat

Jika anda mengikuti Bella Astillah di Instagram, anda pasti akan perasan aktiviti dan jadual kerja Bella yang agak padat termasuk shooting dan review product. Malah, selepas selesai urusan dengan bekas suami di mahkamah, Bella masih kelihatan menghadiri Majlis Iftar Amal Souk Raya 2019 bersama Madrasah Tahfiz Syazwan.

Sebenarnya jemputan untuk majlis ini sudah lama dibuat dan saya menyatakan persetujuan untuk hadir. Apabila berjanji, memang saya akan tunaikan biar apapun yang berlaku. Saya juga rapat dengan penganjurnya, abang Ayie dan dia terkejut dengan kehadiran saya.

Masih dibelenggu perasaan sedih

Bella turut mengakui yang keluarga masih memberi sokongan positif dalam menghadapi situasi yang agak sukar buat ketika ini. Malah, ke mana saja acara yang dihadiri Bella turut ditemani ibu dan orang adiknya.

Saya faham ini tugas anda. Cuma saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya. Seperti yang diketahui. Saya masih dibelenggu perasaan sedih dan masih dalam proses ‘move on’.

Tipulah kalau saya tiada perasaan itu. Buat masa ini, saya banyak habiskan masa dengan keluarga terutama anak saya, Mohamad Ayden Adrean untuk meredakan kesedihan.

Tidak kisahlah orang kecam saya

Tambahan, Bella turut mengharapkan bekas suaminya, Aliff Aziz mempu menjalani kehidupan dengan biasa dan juga boleh membaiki kesilapan yang pernah dilakukannya.

Sebolehnya saya nak selamatkan rumah tangga saya. Tidak kisahlah orang kecam saya kata tiada akal. Rumah tangga ibarat kita bina masjid dan siapa yang sanggup merobohkannya.

Tapi apa yang saya lalui sekarang adalah takdir dan saya reda. Saya sendiri pun belum sempurna dan perlu banyak muhasabah diri.

Sumber: Metro