

Pernah terkena serangan angin ahmar atau strok sekitar bulan November lalu, pelakon Esma Daniel memberitahu dia mengambil pendekatan untuk meninggalkan tabiat merokok.
Artikel Berkaitan: Nikahi Wanita Beza Umur 23 Tahun, Esma Daniel Akui Bukan Satu Keputusan Mudah
Bebas daripada merokok

Menerusi laporan Harian Metro, Esma berkata dia sudah sebulan tidak menghisap rokok. Tambah Esma lagi, dia menjalani teknik ‘trombektomi endovaskular’ iaitu teknik rawatan terkini untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di bahagian otak.
Sebenarnya saya memang dikenali dengan gaya hidup aktif, tapi dalam masa yang sama saya juga merokok dan ada masalah hipertensi. Jadi apabila perkara ini berlaku, walaupun kita aktif namun bila tidak dihindari, menyebabkan saya diserang strok.
Sekali gus memberi kesedaran kepada saya untuk meninggalkan tabiat merokok. Saya boleh diserang strok kali kedua kerana tabiat merokok itu. Memang ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita harus berusaha lebih baik untuk menjaga kesihatan kita.
Selepas terkena serangan strok itu, saya terus nekad untuk berhenti merokok. Alhamdulillah, saya sudah sebulan lebih bebas daripada rokok.
Sumber: Harian Metro







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)