Buat para ibu yang tak tahu nak masak apa untuk moreh nanti, kami dari OHBULAN! ingin mengajak korang semua untuk mencuba resepi Nyonya Kuih Pie Tee atau Top Hats ini. Jika sebelum ini makanan tersebut boleh dinikmati di restoran, kini korang boleh cuba sendiri di rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan Shell Pie Tee:
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil air kapur makan
1 cawan air
Secubit garam
Sebiji telur
Campur semua bahan dan whisk hingga tidak berketul. Panaskan minyak dan rendam acuan di dalam minyak panas sekejap. Celup acuan pai tee ke dalam adunan dan goreng.
Bahan-bahan inti:
Timun, Sengkuang, Lobak – disagat / hiris halus
Taugeh
Isi udang
Bawang putih dan Bawang Merah – ditumbuk
Minyak dan Garam
Tumis bawang, masukkan isi udang. Masukkan sayur-sayuran sekejap je. Perasakan. Angkat.
Bahan-bahan sos:
8 tangkai cili merah – boleh tambah ikut kepedasan
2 ulas bawang putih
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka
4 sudu besar sos sos ikan
1 cawan gula perang / gula melaka – ikut kesesuaian
Cara-cara penyediaan
https://www.facebook.com/sharifahaminah.albaiti/videos/pcb.3265721743751119/2891785420870166/?type=3&theater&ifg=1
Kisar semua bahan di atas kecuali gula.
Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan gula. Kacau rata. Siap.(Psst.. jangan masak terlalu pekat, apabila sejuk sos semakin pekat
Sumber: Sharifah Aminah Al-Baiti