berita

Sedapnya Daging Masak Kicap! Ini 6 Resipi Masakan Daging Korang Boleh Cuba

November 9th, 2017 | by Arini Saleh
MyResipi

Selain daripada ayam dan ikan, daging merupakan salah satu makanan yang kaya dengan protein. Kalau hari-hari makan ayam dan ikan pun bosan juga kan? Terdapat pelbagai menu daging yang sangat ringkas dan sedap yang boleh korang jadikan panduan.

Kali ini kami nak kongsi 6 resepi daging istimewa untuk korang. Pasti sedap dan menyelerakan!

Daging Masak Merah

Belum rasa pun sudah tahu masakan daging merah ini sangat menyelerakan. Warnanya yang agak unik dan ceria itu mampu menarik perhatian penggemar daging. Jika ke restoran masakan siam, sepinggan hidangan ini boleh mencecah RM8 sepinggan. Jadi, apa kata korang cuba je sendiri resipi seperti dibawah ini. Pasti sedap!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-merah-version-mama

Rendang Daging Sedap

Ha bagi penggemar rendang, mesti selalu tercari-cari menu ini di musim perayaan kan? Antara menu wajib untuk dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Bosan juga kalau asyik ayam je, apa kata untuk daging korang cuba resipi rendang ini pula. Marvellous!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/rendang-daging-2

Daging Masak Kicap

Simple tapi sedap! Masakan kicap seperti ini sering menjadi kegemaran semua orang. Selain daripada cara memasaknya yang senang, rasa pun sangat sedap. Memang boleh bertambah nasi dua kali tau! Ada sesetengah orang suka masakan daging kicap yang berkuah, ada juga yang suka daging tanpa kuah. Nak tambah sayur-sayuran pun boleh, terpulang kepada citarasa masing-masing.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-kicap

Gulai Daging Terengganu

Wah nampak menyelerakan! Bagi yang suka masakan kari, bolehlah cuba resipi gulai Terengganu ini. Berbeza sedikit dari masakan kari biasa, tapi rasanya pasti memikat hati siapa yang mencubanya. Sangat sesuai dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan timun. Nyum!

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/gulai-daging-terengganu-my-style

Daging Black Pepper

Selain daripada resipi daging masak kicap, resipi daging black pepper ini juga sangat mudah dan ringkas. Sangat sesuai untuk orang bujang dan ibu-ibu yang sangat sibuk dengan kerja. Seharian di tempat kerja, mestilah penat kan? Tak perlu susah-susah masak resipi yang rumit tu, cuba sahaja resipi daging black pepper ini. Pasti sedap!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/daging-black-pepper-5a22bdbf-ef05-4bd8-bc55-a6c8feafed82

Nasi Daging

Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari bersama keluarga? Nah ini dia resipi nasi daging yang sangat menyelerakan. Tak perlu banyak lauk pun. Sangat sesuai dibuat menu untuk jemputan rumah terbuka ataupun ‘potluck’ di pejabat. Cubalah!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/593

sumber : Myresipi

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×