berita

Sedia Maafkan Isteri, Suami Nynaa Harizal Failkan Permohonan Kembali Taat – ‘I Love You Sayang’

November 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Suami kepada pelakon, Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Sedia maafkan isteri

Menerusi laporan Harian Metro, permohonan tersebut difailkan oleh Mohamed Fahmi sebagai plaintif terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Noriah Zakaria, hari ini.

Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat. ‘I love you sayang’. Saya sedia maafkan awak.

Ujar Fahmi, dia sudah berkali-kali menghubungi isterinya menerusi aplikasi WhatsApp. Namun, hanya sekali sahaja yang dibalas oleh isterinya dengan kenyataan mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta Fahmi menghormati keputusannya. Susulan daripada itu, mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes terhadap permohonan tersebut.

Mahu selamatkan pernikahan

Bercerita lebih lanjut, Fahmi berkata dia mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang. Terdahulu bapa Nyna mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas perbuatan menakutkan secara jenayah dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelaki pada minggu lalu.

Atas nasihat peguam, kami menyerahkan segalanya kepada mereka memandangkan sudah menjadi kes mahkamah. Jadi, kami memilih untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini.

Sementara itu, ibu kepada Nynaa memberitahu bahawa anaknya tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini. Hal ini bedasarkan nasihat peguam mereka.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×