Pempengaruh dan usahawan, Asyalliee menegur sikap segelintir indvidu yang gemar membandingkan dua kumpulan popular Korea Selatan, EXO dan BTS.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat BTS & EXO

‘Hargai kedua-duanya’

Menerusi hantaran di Threads, Asyalliee yang merupakan peminat EXO dan BTS mengakui berasa sedih melihat perbandingan antara kedua-duanya masih berlaku sehingga kini.

Menurutnya, setiap kumpulan mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri. Oleh itu, peminat tidak perlu menaikkan satu pihak dengan cara menjatuhkan pihak lain.

Sebagai fans EXO dan BTS since debut, sedih juga tengok orang masih suka compare dua-dua group ni.

Kedua-dua kumpulan berbakat dengan cara mereka sendiri. Tak perlu puji satu kumpulan dengan cara merendahkan kumpulan yang satu lagi.

Hargai kedua-duanya.

Tambah Asyalliee, peminat seharusnya meraikan setiap pencapaian dan karya yang dihasilkan oleh para artis tanpa menjadikan persaingan sebagai alasan untuk mencetuskan perbalahan.

Hantaran itu turut mendapat perhatian peminat yang bersetuju dengan pandangannya, selain menganggap kedua-dua kumpulan mempunyai sumbangan besar dalam perkembangan industri K-pop di peringkat global.

Terdahulu, Shila memuat naik satu hantaran di media sosial yang memuji kemampuan vokal anggota BTS iaitu Jung Kook, namun turut menyebut mengenai kehebatan kumpulan EXO.

Suara JK ini memang sedap ya, susah nak cari idol yang serba boleh macam dia. Tapi dulu ada EXO, maaf cakap, penyanyi utama, rap, tarian semua mantap. Mantain sampai sekarang.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang berpendapat Shila tidak sepatutnya membuat perbandingan antara kumpulan memandangkan masing-masing memiliki keunikan dan kekuatan tersendiri.

Sumber: Threads Asyalliee