Pempengaruh dan usahawan Syifa Melvin mengakui kehidupan wanita boleh menjadi sangat perit jika tersalah memilih pasangan hidup.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Terjadi Hari Ini Adalah Terjawab Doa Kita Yang Dulu’ – Syifa Melvin

Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan

Nasihat Syifa Melvin buat para wanita

Menerusi hantaran di Threads, Syifa berpendapat bahawa wanita merupakan antara pihak yang paling terkesan apabila berdepan pasangan yang mempunyai sikap toksik dan narsistik.

Perempuan ni sedih sangat nasib kalau dapat pasangan hidup yang salah. Semua pasangan pun tak perfect, tapi paling malang bila dapat yang NPD version.

Malah lebih perit apabila keluarga mentua sedar akan sikap buruk anak mereka tetapi masih meletakkan kesalahan kepada pihak wanita setiap kali berlaku masalah rumah tangga.

Lagi malang bila family in-law sedar tapi apa-apa benda buruk jadi masih tetap salahkan si perempuan malang tu.

Dalam masa sama, Syifa turut menitipkan pesanan buat para wanita yang masih bujang agar tidak terlalu tertekan memikirkan soal jodoh atau perkahwinan.

Katanya, kehidupan bujang jauh lebih baik berbanding terperangkap dalam perkahwinan yang salah, apatah lagi selepas mempunyai anak.

Aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku yang masih single tak kahwin lagi, tak payah sedih kalau tak kahwin lagi, enjoy je.

Lagi sedih kalau kau dapat yang salah sebab perkahwinan ni sebenarnya kau sedang perjudikan nasib kau, lagi-lagi bila ada anak.

Sumber: Threads Syifa Melvin